KPM tunggu laporan JKR mengenai insiden bumbung SMK Cheras Jaya runtuh

KPM tunggu laporan JKR mengenai insiden bumbung SMK Cheras Jaya runtuh

Lim Hui Ying
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kementerian Pendidikan (KPM) berharap laporan siasatan berkaitan kejadian bumbung runtuh membabitkan sebuah blok di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya dapat disiapkan segera.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, pelajar-pelajar di sekolah tersebut sudah diarahkan untuk mengosongkan blok yang terlibat dengan insiden terbabit.

“JKR sudah mengadakan mesyuarat susulan insiden bumbung runtuh itu, saya percaya JKR akan menyiapkan laporan tersebut secepat mungkin untuk kos peruntukan baik pulih.

“Pengetua SMK Cheras Jaya sudah mengarahkan warga sekolah mengosongkan blok tersebut setelah mendapati struktur bumbung tersebut tidak kukuh dan berbahaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat sekolah berkenaan petang tadi.

Sementara itu, Hui Ying berkata, melalui maklumat pengetua sekolah, terdapat serpihan kecil bumbung terjatuh pada 12.40 tengah hari dan kemudian kawasan tersebut dikosongkan serta-merta.

Jelasnya, sebanyak dua kelas terjejas dalam kejadian tersebut namun sesi pembelajaran pelajar tetap dijalankan semula apabila pelajar dipindahkan ke kelas yang berada di bangunan selamat.

“Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden bumbung runtuh kira-kira jam 1.18 petang,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya