KPM teliti status pendidikan 3 beradik mangsa dera - Utusan Malaysia

KPM teliti status pendidikan 3 beradik mangsa dera

FADHLINA Sidek berbual bersama Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Mohamed (dua,kiri) pada majlis berbuka puasa di Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan sedang meneliti status pendidikan tiga beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu mereka di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, Perlis kelmarin.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan tiga beradik itu, namun sudah dimaklumkan insiden yang menimpa ketiga-tiga mangsa berusia antara 13 hingga 16 tahun terbabit.

“Sekarang kita sedang memeriksa keadaan mereka sebab saya rasa (isu) ini bawah kementerian lain dulu, untuk selamatkan mereka terlebih dahulu.

“Kita akan periksa mereka bersekolah atau tidak, kalau kita lihat keadaan nampak tidak begitu baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan perasmian program Kongsi Rezeki di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status pendidikan tiga beradik berkenaan.

Kelmarin, tiga beradik terbabit ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan dua daripadanya masih diikat rantai pada kaki kira-kira pukul 11.55 malam.

Difahamkan, ketiga-tiga remaja tersebut dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam sebuah rumah oleh ibunya yang tidak bersama mereka.

Semakan juga mendapati dua daripada mereka turut memiliki kad golongan orang kurang upaya (OKU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya