KPDN Terengganu rampas 21,000 liter diesel - Utusan Malaysia

KPDN Terengganu rampas 21,000 liter diesel

ANGGOTA KPDN Terengganu memeriksa sebuah tangki diesel dalam Ops Tiris di sebuah tapak projek di Kuala Dungun, Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu berjaya merampas sejumlah 21,000 liter diesel menerusi Ops Tiris di sebuah tapak projek di Kuala Dungun, di sini, semalam. 

Pengarah KPDN Terengganu, Saharudin Mohd. Kia berkata, operasi yang dilakukan kira-kira 11.40 pagi itu turut menahan seorang lelaki yang dipercayai merupakan penyelia tapak projek tersebut. 

Menurutnya, serbuan dilakukan oleh empat penguat kuasa KPDN hasil risikan yang dilakukan kira-kira seminggu lalu selepas didapati berlaku aktiviti mencurigakan yang melibatkan bekalan diesel dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan 13,000 liter minyak diesel dalam tangki skid dan 8,000 liter minyak diesel dalam lori yang dianggarkan bernilai RM102, 580,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini. 

Saharudin berkata, Ops Tiris dilakukan bagi membendung ketirisan subsidi diesel dan memastikan ia sampai kepada golongan yang layak menerimanya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan,” katanya. 

Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM 1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya