KPDN rampas 12,000 liter diesel diseleweng

KPDN rampas 12,000 liter diesel diseleweng

SKID tank yang dirampas penguatkuasa KPDN Kedah kerana menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran di sebuah ladang kelapa sawit di Bedong, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyerbu sebuah stor yang disyaki menjalankan kegiatan penyelewengan diesel di ladang kelapa sawit di Bedong, dekat sini, semalam.

Melalui Op Tiris yang dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang itu, sebanyak 12,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM 25,800 telah dirampas.

Pengarah KPDN negeri, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan ke atas stor tanpa nombor itu dilakukan susulan risikan dilakukan pegawai penguatkuasa KPDN negeri.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap premis yang tidak berpenghuni tersebut telah menjumpai dua skid tank yang berisi minyak diesel dan lain-lain peralatan yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.

“Pasukan penguatkuasa seterusnya bertindak menyita barang-barang tersebut untuk siasatan lanjut. Turut dirampas barang-barang lain seperti skid tank sebanyak dua unit dan empat unit hos paip dianggarkan berjumlah RM10,200.

“Anggaran jumlah rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM36,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 20 (1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan iaitu minyak diesel di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya