KPDN pantau harga di bazar Ramadan - Utusan Malaysia

KPDN pantau harga di bazar Ramadan

SAHARUDDIN Mohd. Kia (tengah) membantu pengunjung mengimbas kod QR untuk mendapatkan insentif kewangan dalam bentuk e-dompet pada majlis pelancaran Bazar Ramadan Rahmah Negeri Terengganu 2023 di Binjai Rendah, Marang, Terengganu, petang semalam. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seramai 116 pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu dikerah melakukan pemeriksaan harga pada Op Pantau 2023  di bazar Ramadan di negeri ini bermula Khamis lalu.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, operasi tersebut yang bertujuan untuk memastikan peniaga tidak menjual makanan dan minuman dengan harga yang tinggi dan membebankan pengguna.

Menurutnya, operasi tersebut juga dibantu seramai 58 pegawai pemantau harga yang akan melakukan pemeriksaan di semua bazar  Ramadan.

Katanya, tindakan yang sama turut dilakukan di bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

“Op Pantau 2023 telah bermula pada hari pertama puasa dengan tumpuan di bazar Ramadan selain pasar awam dan pasar tani.

“Jadi kami harapkan kerjasama peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pembeli dengan meletak harga tinggi yang tinggi sehingga menyebabkan mereka didenda.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mengenakan harga tidak munasabah di bazar Ramadan,’  katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Bazar Ramadan Rahmah Negeri Terengganu 2023 di Binjai Rendah, Marang, di sini, petang semalam.

Pada majlis itu, KPDN turut mengagihkan insentif kewangan dalam bentuk e-dompet melalui program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) kepada pengunjung bazar Ramadan Rahmah itu.

Selain itu, Saharuddin memberitahu, hasil pemantauan yang dilakukan termasuk di Bazar Ramadan Rahmah ini didapati peniaga meletakkan harga munasabah dan ada juga masih kekalkan harga sama seperti tahun lepas.

“Misalnya nasi dagang, kekal RM5 sebungkus dan pelbagai lagi juadah lain turut dijual pada harga Menu Rahmah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya