Komediri masih boleh cari makan - Douglas Lim - Utusan Malaysia

Komediri masih boleh cari makan – Douglas Lim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN barisan pelawak yang membuat persembahan komediri (stand up comedy) jarang muncul di televisyen, mereka sebenarnya masih bergerak aktif dan kerap menerima undangan persembahan di majlis korporat.

Sebagai pelawak, Douglas Lim, 45, berkata, dia sering mengadakan pertunjukan komediri di pelbagai majlis sekali gus menandakan golongan seperti mereka masih boleh ‘cari makan’.

“Selain acara korporat, malam anugerah atau majlis makan malam, persembahan komediri juga kerap diadakan di kelab-kelab menerusi acara persembahan yang dijalankan secara langsung.

“Kami masih ada cuma tidak muncul di televisyen sahaja. Kalau nak tengok kami boleh pergi ke kelab-kelab sekitar Kuala Lumpur yang masih menyediakan persembahan komediri,” katanya yang terkenal menerusi sitkom Kopitiam di NTV7.

Disoal jarang muncul di kaca televisyen, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, kandungan komediri dirasakan kurang sesuai untuk tontonan khalayak awam.

Jelasnya, sebagai pelawak mereka sebenarnya bebas mencipta kandungan dan disebabkan kadangkala terlalu sensitif ia tidak sesuai untuk tayangan arus perdana.

“Sebagai pelawak kita juga menjaga limitasi sama ada kandungan itu sesuai atau sebaliknya. Bagi kami, semua benda boleh disentuh untuk dijadikan bahan lawak, cuma hanya tinggal pilihan nak persembahkan atau tidak.

“Kita perlu pandai jaga adab dan kelakuan, kalau acara di syarikat korporat perlu elak sentuh bab politik. Kalau persembahan awam dan audiens yang riuh-rendah dan suka dengan lawak kasar, boleh sesuaikan dengan kandungan sepatutnya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya