KKM bincang JPA isu tuntutan bayaran lanjut operasi klinik kesihatan

KKM bincang JPA isu tuntutan bayaran lanjut operasi klinik kesihatan

ZALIHA Mustafa melawat pameran selepas Majlis Perasmian Tropical Infectious Disease Conference 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu pembayaran kerja membabitkan pegawai perubatan susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan selepas waktu pejabat.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, pihaknya juga sedang meneliti aduan-aduan yang diterima membabitkan isu berkenaan yang mendakwa tuntutan bayaran kerja hanya boleh dibuat setakat pukul 9.00 malam sedangkan operasi klinik dilanjutkan sehingga 9.30 malam.

Daripada aduan yang diterima, mereka mendakwa, tempoh masa lebihan 30 minit itu tidak boleh dibuat tuntutan bayaran seolah-olah mereka terpaksa berkhidmat secara percuma.

“Sebenarnya perkara itu kita sedang ambil perhatian dengan perbincangan bersama JPA khususnya aduan-aduan itu kita memperhalusinya (berhubung tuntutan bayaran 30 minit itu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Tropical Infectious Disease 2023 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu hantaran di laman Twitter pada Sabtu lalu yang mendakwa kakitangan yang bertugas susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan tidak dapat membuat tuntutan yang sewajarnya.

Dipercayai tangkap layar yang dikongsikan itu adalah keluhan mengenai tuntutan bagi tempoh 30 minit yang didakwa tidak dibayar.

Pada 10 Mac lalu, KKM memutuskan untuk memanjangkan waktu operasi 52 buah klinik kesihatan sehingga 9.30 malam bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya