KKD panggil Telegram bincang isu penyebaran bahan - Utusan Malaysia

KKD panggil Telegram bincang isu penyebaran bahan

Telegram
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil ketika diwawancara pada program itu di Karangkraf, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selepas pengawasan terhadap aplikasi TikTok, kini penyedia Telegram pula akan dipanggil bagi membincangkan isu berkaitan penyebaran bahan yang menyalahi undang-undang di negara ini.

Bahan itu antaranya melibatkan kandungan berunsur penipuan (scammer), ekstrimisme agama, pornografi dan berita palsu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, kerajaan memandang serius soal keselamatan siber atau atas talian bagi semua platform media sosial termasuk Telegram kerana mengakui wujud kelompongan dan kandungan yang membimbangkan.

“Justeru, kementerian akan memanggil Telegram bagi mengadakan perbincangan menyeluruh dalam tempoh terdekat.

“Langkah itu bukan bersifat mengambil tindakan namun lebih kepada menyatakan kerisauan beberapa isu yang timbul berkaitan penyebaran bahan terutama scammer,” katanya ketika ditemui selepas program TownHall Rakyat di Karangkraf di sini, malam tadi.

Tindakan tersebut selaras dengan hasrat untuk meneliti aspek keselamatan dalam media sosial di pejabat dan agensi kerajaan menerusi Keselamatan Siber Malaysia (CSM) seperti dilaporkan Utusan Malaysia sebelum ini.

Dalam laporan tersebut, Ahmad Fahmi memberitahu kawal selia atau garis panduan berkaitan bakal dirangka bertujuan menjamin keselamatan aplikasi dan peranti-peranti yang diguna pakai penjawat awam terutamanya anggota pentadbiran.

Katanya, beliau amat prihatin tentang isu penggunaan aplikasi seperti TikTok, Instagram, Facebook dan lain-lain di tempat kerja yang secara tidak langsung berisiko mendedahkan perkara-perkara sensitif atau rahsia besar yang dibincangkan.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi menjelaskan pihaknya bagaimanapun tidak mahu bertindak terlalu tegas kepada semua penyedia platform sedia ada dan mahu menemui mereka bagi menjalin kerjasama lebih positif dan konstruktif.

“Niat kita cuma mahu membendung penyebaran bahan mengikut lunas undang-undang sedia ada. Saya percaya mereka (penyedia platform) sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi isu berkenaan,” ujarnya.

“Selain itu, saya turut meminta CSM untuk meneliti isu keselamatan semua aplikasi bagi membaiki kelompongan sedia ada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya