Kilang baja bau busuk tidak serik - Utusan Malaysia

Kilang baja bau busuk tidak serik

Kilang baja
ANGGOTA penguatkuasa MPKS memeriksa kilang baja yang diserbu di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebuah kilang baja di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, digempur buat kali kedua pihak berkuasa selepas dikesan beroperasi semula secara haram hari ini.

Kilang memproses sisa ayam sebagai baja pertanian itu dikenakan tindakan termasuk sitaan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 14 Jun tahun lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, serbuan pukul 9 pagi itu dijalankan hasil  aduan orang awam mengenai gangguan bau busuk daripada premis tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kilang itu beroperasi di lokasi yang terlindung dengan aktiviti pertanian dan pernah disita pihaknya sebelum ini.

“Selain itu, pengusaha premis gagal menyediakan persekitaran bersih sehingga mengeluarkan bau busuk. Justeru, kilang itu diarah tutup serta merta dan dikompaun atas kesalahan tidak memiliki lesen aktiviti mengilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamad Lutfi, pihaknya turut menyita satu penjana kuasa elektrik dan jentera forklift.

“Kes itu disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007. Ia melibatkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada pihak berkuasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya