Khairul jual ayam golek murah - Utusan Malaysia

Khairul jual ayam golek murah

KHAIRUL Faiz Abas (kanan) memanggang ayam golek di gerainya di Kampung Sungai Udang, Klang, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menaikkan harga juadah berbuka puasa, seorang peniaga ayam golek sanggup menongkah arus apabila menjual ayam golek RM20 seekor.

Malah pemilik gerai King Ayam Go-Lex, Khairul Faiz Abas, 37, berkata, dia me­nyasarkan jualan sehingga 6,000 ekor ayam sepanjang Ramadan ini iaitu sekitar 250 ekor sehari.

“Saya menjual dengan harga murah di bawah harga pasaran bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan dapat menikmati hida­ngan yang enak untuk berbuka puasa.

“Saya mula berniaga dua tahun lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa itu harga seekor ayam golek saya jual RM17, kini saya cuma naikkan RM3,” katanya ketika ditemui di gerai ayam goleknya di Kampung Sungai Udang di sini semalam.

Jelasnya, dia akan menambah bilangan ayam dipanggang sehingga 300 ekor pada hujung minggu untuk meme­nuhi permintaan pengguna.

Dalam pada itu, Khairul Faiz yang dibantu lima pekerja berkata, keistimewaan ayam golek jualannya itu bukan setakat pada faktor harga, tetapi kualiti rasanya.

Menurutnya, meskipun berdepan tekanan kenaikan harga barangan mentah termasuk keperluan masakan, dia tetap mengekalkan komposisi ramuan supaya rasa dan kualiti ayamnya tidak berubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya