Ketua Polis KL dilantik Pengarah Pengurusan baharu

Ketua Polis KL dilantik Pengarah Pengurusan baharu

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Datuk Azmi Abu Kassim akan mula bertugas di jawatan baharu itu berkuat kuasa 17 April ini.

Sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Nerita Yaacob dilantik sebagai Pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Seri Zaini Jass yang bersara 9 Mac lalu.

Azmi memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur sejak 12 April 2021 yang mana sebelum ini beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya