Keterbukaan itu ada, cuma netizen cepat menghukum - Fikry Ibrahim - Utusan Malaysia

Keterbukaan itu ada, cuma netizen cepat menghukum – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi pelakon, Fikry Ibrahim, keterbukaan masyarakat terhadap dunia komedi dilihat semakin meluas namun masih berpegang kepada limitasi sensitiviti sebagai contoh agama dan politik.

Namun jelasnya, segelintir warganet terlalu sensitif kepada perkara atau isu yang tidak sepatutnya sehingga mampu mengundang kontroversi yang akhirnya memberi impak kepada kerjaya seorang selebriti.

“Secara peribadi, kita ada keterbukaan itu cuma sebagai pelawak solo, kita perlu tahu batas dan limitasi dalam berjenaka. Ada perkara yang mungkin tidak disengajakan sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

“Kadang kala, orang kita sensitif tidak bertempat. Pada masa sama, kita tidak boleh salahkan mereka. Mungkin tekanan dan keadaan hidup membuatkan mereka mencari ruang melepaskan kemarahan.

“Apabila timbul satu-satu isu, banjir media sosial dengan kecaman dan makian. Orang kita memilih untuk kecam dahulu sepuas-puasnya baru memahami konteks atau maksud sebenar naskhah komedi dipersembahkan,” ujarnya.

Ditanya adakah keadaan itu menghalang kreativiti seseorang pelawak untuk berkarya, Fikry tidak menafikan ada segelintir rakan seperjuangannya gusar untuk mempersembahkan naskhah komedi kerana takut dikecam.

“Kadang kala, kita tengok ada naskhah yang punya pengisian dan pemahaman mudah. Tetapi kerana satu kesilapan, dia dikecam dan dikritik. Sebolehnya jangan cepat menghukum, fahami dahulu.

“Saya sendiri mengecam jika ada rakan seperjuangan yang mungkin tidak sensitif dan terlalu ghairah untuk mendapatkan perhatian. Tetapi kita doakan dia berubah. Bukan dengan cara mengecam dan menjatuhkan.

“Teguran itu perlu ada untuk kita memperbaiki diri. Tetapi biarlah membina,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya