Kes SRC: Pemuda UMNO akur keputusan mahkamah

Kes SRC: Pemuda UMNO akur keputusan mahkamah

MUHAMMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mendapatkan kebenaran permohonan menyemak semula keputusan sebelum ini. 

Ketua Pemudanya, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, keputusan yang dikeluarkan itu sememangnya amat menyedihkan. 

“Semoga Allah melindungi dan memberikan kesihatan yang baik kepada Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu media melaporkan, Najib gagal mendapat kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman

Sehubungan itu, ruang dan peluang untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu bebas daripada kesalahan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. terkubur. 

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Nordin Hassan menyokong.

Ketua panel tersebut yang juga Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli menentang keputusan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya