Kes saman Lokman Adam Januari 2024 - Utusan Malaysia

Kes saman Lokman Adam Januari 2024

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap Datuk Lokman Noor Adam akan didengar Mahkamah Tinggi di sini bermula 29 Januari tahun depan.

Peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri membe­ritahu wakil media, tarikh perbicaraan pada 29 hingga 31 Januari 2024 itu ditetapkan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh pada prosiding 29 November 2022.

Pada prosiding pengurusan kes semalam, hakim mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan kes termasuk senarai saksi pada 20 Mac ini.

“Mahkamah menetapkan pen­gurusan kes selanjutnya pada 21 Mac,” katanya sambil memaklumkan prosiding itu turut dihadiri peguam Mohd. Faiz Abd Rahim mewakili Lokman.

Pada 8 September 2022, Ismail Sabri, 63, yang juga Ahli Parlimen Bera selaku plaintif memfailkan saman atas kapasiti peribadi beliau dan menamakan Lokman, 50, sebagai defendan.

Ismail Sabri mendakwa Lokman yang kembali memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, pada 22 Ogos 2022 membuat beberapa kenya­taan fitnah dalam video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam’.

Jelasnya, kenyataan itu yang berniat jahat, berunsur fitnah dan tidak benar telah dimuat naik di empat akaun media sosial milik defendan.

Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud beliau telah berjumpa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti politik lain yang bertentangan de­ngan UMNO untuk kekal seba­gai Perdana Menteri dengan mem­belakangkan dan meng­khi­a­nati UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya