Kes Najib: Itu keputusan mahkamah - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Kes Najib: Itu keputusan mahkamah – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kanan) menyampaikan cek sumbangan Yayasan Risda kepada Masjid Kampung Ulu Kuang pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak Tahun 2023 di Sekolah Izzudin Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd hari ini perlu dihormati.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditanya mengenai keputusan itu bagaimana pun enggan mengulas lanjut.

“Itu (keputusan) mahkamah, “katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Sekolah Izzuddin Shah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Hari ini Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan majoriti itu dibacakan oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan.

Anggota panel lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun itu di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Najib dalam permohonan semakannya, memohon pembebasan atau pendengaran semula rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya