KUALA LUMPUR: Kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella akan diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada 3 Mei ini. Pada tarikh tersebut, Hakim Izralizam Sanusi akan membuat keputusan sama ada mensabitkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dengan pertuduhan tersebut atau melepas dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan terbabit. Mahkamah menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela, Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan mahkamah pihaknya tidak lagi mempunyai saksi untuk dipanggil memberi keterangan. “Pihak-pihak diarahkan untuk memfailkan hujahan bertulis dan menyerahkan kepada pihak lawan sebelum atau pada 7 April ini manakala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya