MELAKA: Sebanyak 60 tapak Bazar Ramadan telah diluluskan di seluruh Melaka oleh empat pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini. Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 27 tapak, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 13 tapak, seterusnya Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) masing-masing 10 tapak. Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron memaklumkan, pada tahun ini pihaknya menggalakkan para peniaga dan pelanggan melakukan transaksi jual beli secara dalam talian menggunakan e-dompet (e-wallet). Katanya, kaedah itu dilihat dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya