Kerajaan jamin tangani kelemahan Auku

Kerajaan jamin tangani kelemahan Auku

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Kerajaan memberi jaminan kelemahan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 akan ditangani.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, meskipun sebelum ini pelbagai pihak menggesa untuk memansuhkan Auku, kementerian akan mempertimbangkan untuk membuat pindaan lanjut terhadap akta itu.

“Kementerian sedang mempertimbangkan pindaan kepada akta tersebut, termasuk pindaan yang membolehkan kumpulan pelajar menguruskan akaun mereka sendiri.

“Kami akan cuba membawa pindaan ini pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu,  Dr. Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) meminta kementerian untuk boleh membincangkan pindaan lanjut Auku dengan Ahli Parlimen memandangkan akta itu dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) masih mempunyai seksyen yang menyekat kebebasan pelajar.

Minggu lalu, Khaled berkata Auku masih relevan, terutama untuk urusan melibatkan pentadbiran universiti.

Katanya lagi, pemansuhan undang-undang itu memerlukan penelitian lanjut kerana ia melibatkan perundangan lain seperti Akta 555, Akta Pendidikan 1996, dan Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya