Kerajaan bawa suara pekebun kecil ke Kesatuan Eropah

Kerajaan bawa suara pekebun kecil ke Kesatuan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pekebun kecil di negara ini berhak dilayan secara adil dan mesti dikecualikan daripada tuntutan peraturan yang tidak realistik terutama ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pekebun kecil bergantung kepada eksport minyak sawit, getah dan komoditi pertanian lain untuk menyara keluarga mereka.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) itu adalah satu halangan perdagangan yang besar bagi pekebun kecil untuk mengakses pasaran Eropah.

“Ini akan mengakibatkan peningkatan kemiskinan, penurunan pendapatan isi rumah dan menggugat masyarakat luar bandar kita.

“Saya mengambil maklum dan akan membawa suara pekebun kecil Malaysia yang berkumpul semalam ke EU,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, beliau difahamkan, wakil daripada pertubuhan pekebun kecil terkemuka di Malaysia menyampaikan gesaan supaya diskriminasi EU itu ditamatkan.

Fadillah berkata, persatuan yang terlibat adalah Persatuan Pekebun Kecil Kebangsaan (NASH), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak (DOPPA).

Menurutnya, persatuan lain yang turut serta termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

“Tindakan diskriminasi itu adalah tidak adil dan bertentangan dengan komitmen EU seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Malah, hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai ‘Berisiko Tinggi’ di bawah Peraturan ini juga adalah tidak wajar,” katanya.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk melindungi, menyokong dan mempertahankan kebajikan serta mata pencarian pekebun kecil Malaysia,” katanya.

Semalam, lebih 500 pekebun kecil dari seluruh negara menandatangani petisyen bagi mendesak EU mengkaji semula EUDR yang bersifat diskriminasi.

Petisyen dikemukakan kepada Kedutaan Delegasi EU di Malaysia oleh enam wakil agensi dan persatuan sektor kelapa sawit dengan meminta EU mengiktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan mengeluarkan Malaysia daripada kalangan negara yang berisiko sekiranya EUDR dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya