Keputusan menteri: Rujuk semula akta - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Keputusan menteri: Rujuk semula akta – Ahmad Zahid

Akta
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya merujuk semula Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan pengecualian pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti tahun ini.

“Tak setuju dia kena tengok baliklah dalam keputusan (akta) pada tahun 1966. Itu adalah merupakan satu akta dan diluluskan oleh Parlimen,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini.

Malah, beliau menyatakan akta tersebut perlu dirujuk semula kepada Parlimen sekiranya mahu dibuat pindaan.

Terdahulu, Khairy yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO memuat naik sebuah video mempertikai keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 70 Akta Pertubuhan untuk melangkaui keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Tindakan tersebut dibuat selepas ROS menerusi sepucuk surat dipercayai meminta UMNO merujuk semula perlembagaan parti berhubung pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan walaupun usul tersebut dibawa perwakilannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan hala tuju parti selepas ini adalah berdasarkan perancangannya yang pernah dinyatakan dalam ucapan penggulungan pada PAU lalu merangkumi lima perkara dan 21 langkah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berharap, kepimpinan baharu dipilih akan bersama-samanya untuk menterjemah pelaksanaan hala tuju parti menerusi UMNO Bangkit 2.0.

“Kita tunggu pemilihan pada 18 Mac nanti dan saya akan umumkan secara rasmi hala tuju yang telah diumumkan ketika ucapan penangguhan PAU 2022 dan kita mahu barisan yang akan terpilih nanti bersama-sama saya untuk terjemahkan pelaksanaan hala tuju baharu nanti.

“Kita menyusun satu langkah bagi merealisasikan hala tuju ini dan kita harap dalam UMNO tiada ‘duri dalam daging’ lagi dan tidak ada ‘gunting dalam lipatan’, semuanya bersatu dalam satu pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengulas mengenai persediaan UMNO untuk berunding mengenai pengagihan kerusi, namun akan memutuskan pada peringkat dalaman parti terlebih dahulu selepas mesyuarat pada malam ini, esok dan lusa diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya