Kepada Farid Kamil, aku jumpa kau di mahkamah - Syamsul - Utusan Malaysia

Kepada Farid Kamil, aku jumpa kau di mahkamah – Syamsul

SYAMSUL Yusof hadir bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Aku jumpa kau di mahkamah.”

Itu ‘pesanan’ oleh pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Farid Kamil yang mendakwa lelaki terbabit pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.

‘Diana’ yang dinyatakan dalam Insta Story Farid Kamil itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Pelakon utama Lagenda Budak Setan itu membuat kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.

Syamsul dan Diana Danielle pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan terbabit putus di tengah pada penghujung 2008. Diana kemudian bercinta dengan Farid Kamil sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Pada Disember 2022, melalui podcast Studio Sembang kendalian pelakon Amelia Henderson, pelakon wanita itu mendedahkan pernah menjadi mangsa pukul bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya sebelum bercinta dengan Farid Kamil.

“Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” ujar Syamsul.

Terdahulu, Syamsul menjelaskan, belia tidak lagi aktif di media sosial namun mengetahui isu-isu yang diperkatakan mengenainya apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.

“Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekrang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la,” jelasnya.

Syamsul membuat kenyataan tersebut ketika ditanya media selepas beliau memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya