Kempen mogok doktor boleh jejaskan perkhidmatan kesihatan

Kempen mogok doktor boleh jejaskan perkhidmatan kesihatan

Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan diperincikan sebagai maklum balas kepada tuntutan dikemukakan Sekretariat Doktor Hartal Kontrak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kempen mogok doktor kontrak yang dikatakan berlangsung antara 3 hingga 5 April ini dilihat bukan jalan penyelesaian terbaik dan mungkin menyebabkan perkhidmatan kesihatan negara terjejas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya menerima hebahan mogok itu melalui saluran media sosial dan pihaknya tiada maklumat lanjut.

“Tindakan itu perlu ditimbang teliti kerana perkhidmatan kesihatan adalah suatu perkhidmatan kritikal membabitkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat.

“Saya berpandangan mogok bukan jalan penyelesaian terbaik khususnya jika ia dikaitkan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional lain,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, setiap permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah.

Dr. Noor Hisham berkata, perkhidmatan kesihatan perlu terus dianggap sebagai sektor kritikal dan tanpa sistem kesihatan utuh negara tidak mungkin boleh terus maju ke hadapan.

Menurutnya, pandemik Covid-19 mengajar bahawa tanpa sistem kesihatan berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak dengan baik dan orang ramai tidak mungkin meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa.

“Kemakmuran dikecapi kini banyak disumbangkan oleh pakar dan anggota kesihatan di pelbagai peringkat sama ada di sektor pencegahan atau kesihatan awam mahupun di sektor klinikal dan penyelidikan,” katanya.

Katanya, berkat pengorbanan anggota kesihatan sebelum ini membolehkan rakyat menjalankan pekerjaan mereka semula dan dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga dan kenalan bagi menyambut Ramadan ini.

Justeru, Dr. Noor Hisham berkata, petugas kesihatan perlu terus diberi perhatian sewajarnya, termasuk imbuhan yang sesuai buat perkhidmatan mereka.

“Kerajaan dari semasa ke semasa juga bertindak terhadap permasalahan serta permintaan ditimbulkan anggota kesihatan antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya