Kementerian Pendidikan terus beri advokasi untuk atasi keciciran pelajar - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan terus beri advokasi untuk atasi keciciran pelajar

FADHLINA Sidek pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu (L). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi advokasi terutama kepada golongan ibu bapa mengenai kepentingan setiap pelajar menamatkan sekolah menengah demi memastikan jumlah keciciran pelajar dapat dikurangkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan melalui kementeriannya enggan mengambil pendekatan yang terlalu ‘keras’ seperti menyaman ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memberi kesedaran kepada ibu bapa dalam menjayakan usaha memastikan setiap pelajar mendapat tahap pendidikan yang sewajarnya.

FADHLINA Sidek (tengah); Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis (dua dari kanan) dan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Salmah Jopri (dua dari kiri) memakaikan beg kepada pekajar pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kembali ke Sekolah, di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu (L). – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“Bagaimanapun implikasi undang-undang tetap akan ada tetapi apa yang kita nak buat sekarang ini adalah lebih kepada memberi kefahaman tentang pentingnya pendidikan itu dan mengatasi isu keciciran dalam kalangan pelajar.

“Ia juga bagi memastikan akses ke sekolah ini dapat kepada semua kanak-kanak. Jadi proses advokasi tentang pendidikan harus selari dengan kesedaran bersama ibu bapa.

“Jadi dari semasa ke semasa KPM akan pastikan memberi peringatan dalam masa sama memastikan ibu bapa tiada isu untuk menghantar anak ke sekolah.

“Apa yang penting anak-anak harus ke sekolah, itu tumpuan kita hari ini untuk memastikan mereka semua berada di dalam sistem kita,” katanya ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Pek Kembali Ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (Lelaki), Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan bercadang untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah bagi memastikan tiada anak-anak yang tercicir selepas tamat sekolah rendah.

FADHLINA Sidek (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kembali ke Sekolah, di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu (L). – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Draf cadangan mengenainya telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, kerajaan sudah pun menyediakan pelbagai bantuan untuk golongan B40 yang mempunyai kekangan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

“Kita ada banyak bantuan untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan iaitu ada 18 inisiatif kewangan sebenarnya di bawah KPM. Jadi jika mereka tidak mampu, boleh memohon bantuan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya