Kematian Sarjan Jana tiada elemen jenayah - Utusan Malaysia

Kematian Sarjan Jana tiada elemen jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kematian anggota polis berpangkat Sarjan yang ditemui dengan tiga kesan tembakan pada leher, dada dan kepala di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas di sini pada19 Februari lalu tiada kaitan dengan sebarang elemen jenayah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan berhubung kejadian berlaku telahpun selesai dijalankan dan mengklasifikasikan kematian mangsa berusia 51 tahun itu sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita sudah tengok dari sudut kriminal, tidak ada. Kesan daripada bedah siasat dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian adalah konsisten dengan dapatan pertama kita yang mana ia adalah satu tindakan bunuh diri.

“Saya rasa kes ini tidak ada lagi spekulasi sama ada ia ada elemen jenayah atau apa, tidak ada lagilah. Siasatan selesai di sini sahajalah dan tunggu inkues nanti,” katanya kepada pemberita di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan anggota terbabit seorang yang baik dan mudah bekerjasama.

Pada 19 Februari lalu, Sarjan Jana Anak Milie ditemui sudah tidak sedarkan diri selepas disyaki menembak diri sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya