KUALA TERENGGANU: Keluasan tanah sawah yang terletak di luar kawasan ‘Jelapang Padi’ di negeri ini didakwa semakin susut apabila dibangunkan dengan projek komersial dan perumahan sejak beberapa tahun lalu. Keadaan tersebut berlaku apabila pemilik tanam sawah bertindak menjual tanah mereka setelah jualan hasil padi tidak ‘berbaloi’ apabila kos menanam padi semakin tinggi dan membebankan berikutan kenaikan harga baja serta racun. Seorang pemilik tanah sawah padi di Manir dekat sini, Alias Ismail, 63, berkata, dia berhasrat menjual tanah sawah miliknya seluas 0.45 hektar yang diusahakan sejak 30 tahun kerana hasil padi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya