IPOH: Masalah sukar mendapatkan benih ikan yang dialami penternak ikan dalam sangkar di negeri ini dijangka berterusan disebabkan ketidakmampuan di peringkat pembekal menghasilkan benih dalam kuantiti yang besar. Ini diakui seorang pengeluar dan pembekal benih ikan air tawar di Gopeng dekat sini, Mohd. Aminudin Mohd. Zaibani yang mendakwa masalah kekurangan benih ikan air tawar disebabkan beberapa perkara terutama cuaca tidak menentu yang menjejaskan kadar penetasan telur ikan. Menurutnya, kebiasaannya musim hujan pada November dan Disember tetapi kali ini berlanjutan hingga Mac yang mempengaruhi kadar penetasan telur ikan. Katanya, apabila cuaca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya