Kedua-dua isteri adalah kekuatan saya - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Kedua-dua isteri adalah kekuatan saya – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit, Syamsul Yusof menganggap kemelut rumah tangga yang dihadapi ketika ini adalah satu bentuk ujian untuknya dan keluarga lebih dekat kepada Tuhan.

Jelasnya, setakat ini keadaan emosi dia dan isteri kedua masih terkawal dengan memperbanyakkan solat biarpun pelbagai kecaman buruk diterima daripada pelbagai sudut.

“Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya adalah kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.

“Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Ketika sedang makan, berbual tentang dugaan yang perlu kami tempuh bersama.

“Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian Allah beri kan,”ujarnya berkata demikian dalam satu sidang media baru -baru ini.

Sementara itu, Syamsul turut menafikan dakwaan Ira sebelum ini sering datang ke set penggambaran dan membuat akaun palsu untuk menganggu keluarganya.

“Saya minta maaf. Alhamdulillah, isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?

“Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? Bukan saya nak‘back up Ira. Cuma sejauh mana kebenaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya