KDN rampas ratusan alat mainan seks

KDN rampas ratusan alat mainan seks

NIK Yusaimi Yussof (tengah) dalam sidang akhbar mengenai rampasan Ops Maya berupa alat mainan seks di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 1,000 alat mainan seks bernilai lebih RM115,000 di sebuah rumah di Kota Warisan, Sepang pada 19 Disember lalu.

Setiausaha Bahagian PKK, Nik Yusaimi Yussof berkata, rampasan itu membabitkan 25 jenis alat mainan seks termasuk alat kemaluan lelaki, alat kemaluan wanita, buntut, patung dan vibrator.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 57 tahun dan suspek telah pun dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada 2 Februari lalu.

“Suspek mengaku bersalah dan dihukum denda sebanyak RM5,000,” katanya dalam sidang akhbar Ops Maya di sini, hari ini.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan kemoralan dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana mengedar atau menjual barang-barang lucah.

Nik Yusaimi berkata, siasatan mendapati, suspek boleh mendapatkan keuntungan lebih RM300,000 daripada harga kos yang dijual di antara RM70 hingga RM1,000 seunit.

Menurutnya, Op Maya yang dijalankan ini bertujuan membanteras pengedaran, penjualan dan pembelian alat mainan seks yang dilarang kerana berlawanan dari segi moral dan budaya di negara ini.

“Operasi dilakukan berdasarkan risikan dan pemantauan yang dijalankan ke atas premis yang menumpukan sasaran jualan di seluruh negara melalui kaedah dalam talian.

“Rampasan dibuat hasil risikan selama sebulan dan alat mainan seks itu dipercayai di bawa masuk dari China dan Thailand,” katanya.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan tujuh elemen yang memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam, keselamatan negara, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.

Dalam perkembangan sama, Nik Yusaimi berkata, pihaknya juga akan membongkarkan satu lagi aktiviti penjualan alat mainan seks berskala besar dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihaknya sedang menyiasat aktiviti itu dan akan mendedahkan kepada media sebaik siasatan serta rampasan dilakukan.

Selain itu, katanya, pihaknya juga mahu portal beli belah dalam talian supaya dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung elemen kelucahan menerusi jualan barangan mereka.

Jelasnya lagi, kebimbangan KDN adalah penggunaan peralatan seks akan memberi kesan kepada aspek kemoralan masyarakat dan sekiranya ia tidak dapat dikawal, masyarakat Malaysia akan terjerumus ke kancah negatif dan membawa kepada pelbagai permasalahan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya