Kantoi berulang kali isi diesel di Malaysia

Kantoi berulang kali isi diesel di Malaysia

Kerajaan sedang merangka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi bagi mengurangkan isu ketirisan bahan api itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Tindakan seorang lelaki warga asing mengisi minyak diesel berulang kali di sebuah stesen minyak di Changloon, di sini bagi mengaburi mata penguat kuasa dipercayai untuk diseludup ke negara jiran terbongkar juga.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pemandu kenderaan bernombor pendaftaran asing berusia lingkungan 50-an itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan untuk menyeleweng minyak diesel berkenaan.

“Tangkapan hasil pemantauan selama lima jam mendapati sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang mengisi minyak diesel dalam keadaan mencurigakan. 

“Pasukan penguat kuasa seterusnya bertindak mengekori kenderaan tersebut dan mendapati kenderaan terbabit membuat pengisian secara berulang di stesen minyak yang sama sebanyak tiga kali bermula 7.30 pagi hingga 8.30 pagi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda berkenaan disita untuk siasatan lanjut, manakala suspek yang ditahan kini direman selama empat hari bermula semalam setelah mendapat perintah reman daripada Mahkamah Majistret Jitra, di sini.

“Anggaran nilai rampasan minyak diesel berkenaan adalah sebanyak RM129 manakala anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM89,129 termasuk kenderaan itu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya