Kaedah paip kedua jimatkan penggunaan air - Utusan Malaysia

Kaedah paip kedua jimatkan penggunaan air

Gangguan bekalan air
SEBANYAK 660 kawasan perumahan dan perindustrian di enam daerah di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 5 Jun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembaziran air di negara ini bukan sahaja boleh dikurangkan melalui penggunaan yang cermat dalam kala­ngan pengguna domestik, tetapi juga dengan mengguna pakai kaedah pengasingan bagi kegunaan makanan dan minuman serta tandas.

Sistem tersebut bukan sesuatu yang baharu bahkan sudah dilaksanakan di negara maju. Malah kaedah itu turut diamalkan di Singapura untuk mencapai tahap penggunaan 160 liter seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengerusi Jawatankuasa Te­tap Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata, tidak dinafikan penduduk khususnya di Lembah Klang seperti Selangor menggunakan jumlah air lebih 200 liter sehari.

Menurutnya, dengan menggunakan kaedah seperti paip kedua, cara demikian bukan sahaja menjimatkan tetapi memastikan penggunaan air lebih menepati sasaran.

“Paip kedua, sumbernya sama tetapi tahap rawatannya tidak sampai boleh sesuai diminum. Cukup setakat untuk membasuh dan kegunaan dalam tandas. Sebenarnya, kos air itu sendiri boleh jadi murah.

“Kebanyakan negara maju, ada dua paip, satu untuk minum dan kegunaan dalam masakan, satu lagi untuk tandas. Tetapi Malaysia bila hendak buat sedemikian pemasangan paip sedemikian memakan kos yang sangat tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, ketika ini kerajaan negeri dalam peran­ca­ngan me­laksanakan pe­nuaian air hujan melalui ba­ngunan-bangunan ting­gi seper­ti rumah dan komersial untuk ke­gunaan selain daripada minuman atau dapur.

Semalam akhbar ini mela­porkan 500 juta liter air di Lembah Klang terbazir setiap hari akibat penggunaan yang tidak cermat seperti banyak digunakan ketika berada dalam tandas dan mencuci barang-barang keperluan secara berlebihan.

Izham berkata, kaedah paip kedua sudah dilaksanakan, namun hanya melibatkan penggunaan dalam industri iaitu melalui kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) bagi merawat air kumbahan untuk kegunaan bukan minuman (non-portable).

“Digunakan air dari kumbahan seperti IWK, kita proses dan rawat untuk kegunaan industri. Contohnya digunakan untuk sistem penyejukan mesin dan sebagainya, tetapi bukan untuk minum.

“Sistem itu pun sudah ada dan memang sedang berjalan. Contohnya terdapat kilang-kilang di Meru, Klang menggunakan kaedah tersebut yang kita kerjasama dengan IWK untuk kegunaan industri seperti coo­ling. Itu boleh buat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya