Jualan Baju Raya Rahmah diperkenal

Jualan Baju Raya Rahmah diperkenal

SALAHUDDIN Ayub melawat Jualan Rahmah Raya di AEON Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melancarkan skim jualan pakaian Raya Rahmah untuk golongan B40 di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub malahan berkata, sebuah gergasi industri tekstil terkenal tanah air bersedia membantu menjayakan hasrat tersebut bermula Ramadan ini.

“Pagi tadi saya ditemui dua ‘big bos’ syarikat itu dan mereka berbincang untuk saya sendiri melancarkan jualan Raya Rahmah dijangka pada 24 Mac ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rahmah Raya di bawah Program Payung Rahmah untuk membantu kelompok miskin tegar di cawangan terbaharu pasar raya Aeon, di sini hari ini.

Premis itu menawarkan 30 produk terpilih dijual harga lebih rendah selain menyumbang 1,140 buah Bakul Rahmah di kesemua 35 cawangan Aeon dan 21 lagi cawangan Aeon Big dengan syarikat berkenaan memperuntukan sejumlah RM168,000 bagi pengagihan selama tiga bulan.

Pada majlis berkenaan, beliau juga menyerahkan pek berisi barang keperluan harian serta persiapan Ramadan kepada 20 individu dari keluarga B40 sebagai tanda simbolik acara.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, untuk pakaian Raya Rahmah, syarikat gergasi tekstil itu memberi jaminan kualiti pakaian akan dijual nanti setanding premium sekali gus sebagai satu usaha membantu KPDN menggembirakan rakyat berpendapatan rendah ceria meraikan Aidilfitri.

Situasi sama ujarnya, turut dapat dilihat melalui kejayaan Menu Rahmah apabila peniaga makanan terlibat tidak mengambil kesempatan menjual hidangan tidak berkualiti.

Menyentuh mengenai sambutan Program Payung Rahmah, Salahuddin berkata, beliau membayangkan bersedia membuat sesi libat urus dengan pihak pengilang untuk dapat menjual bahan mentah pada harga ‘Rahmah’ sekali gus mampu membantu peniaga runcit mampu menjual balik kepada pelanggan dengan harga rendah di pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya