Johari mahu UMNO juarai isu ekonomi rakyat

Johari mahu UMNO juarai isu ekonomi

JOHARI Abdul Ghani adalah calon nombor tiga bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026. - FB JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertaruh pengetahuan dan pengalamannya khususnya dalam bidang ekonomi yang boleh disumbangkan kepada UMNO jika dipilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II memohon semua perwakilan UMNO memberinya peluang untuk berada di dalam kepemimpinan utama parti itu.

“Ekonomi merupakan nadi dan perkara yang penting untuk rakyat. Menjadi satu cabaran buat parti kita untuk memimpin dan menyuarakan pelbagai isu ekonomi yang kompleks.

“Dengan mendepani isu-isu ekonomi, saya percaya ia akan secara langsung menyumbang keyakinan rakyat kepada UMNO dan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk bersama parti kita.

“Oleh itu, dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada parti, saya Johari Abdul Ghani, calon nombor 3 menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO,” kata Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa itu melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi pemilihan parti tersebut kali ini.

Johari yang merupakan calon nombor tiga  berharap keputusannya untuk bertanding bagi jawatan tersebut dipermudahkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya