JKR Selangor sumbang 15 tan barangan untuk mangsa banjir

JKR Selangor sumbang 15 tan barangan untuk mangsa banjir Johor

MOHD. Zawawi Zakaria (depan, lapan dari kiri) bersama kakitangan JKR Selangor yang menyumbang untuk Misi Penghantaran Bantuan Banjir Johor di JKR Selangor, Seksyen 17, Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JABATAN Kerja Raya (JKR) Selangor mengambil inisiatif mengumpul barangan keperluan seberat 15 tan untuk disumbang kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Menurut Timbalan Pengarah JKR negeri, Ir. Mohd. Zawawi Zakaria, kesemua barangan adalah sumbangan kakitangan sembilan JKR daerah dan dikumpulkan di JKR negeri di Seksyen 17, Shah Alam.

“Kesemua barangan seberat 15 tan yang dikumpul sejak seminggu yang lalu adalah dalam bentuk makanan, minuman, keperluan asas penjagaan diri, ubat-ubatan, lampin pakai buang dan barang keperluan rumah.

“Sebanyak lima buah lori berserta beberapa kenderaan pacuan empat roda akan digunakan untuk menghantar semua barangan ini ke JKR Daerah Segamat yang mana ia akan disempurnakan oleh Pengarah JKR negeri, Ir. Lokman Nasir dan pihak JKR Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN