JKNS pantau 232 bazar Ramadan di Selangor - Utusan Malaysia

JKNS pantau 232 bazar Ramadan di Selangor

JKNS bazar
Pegawai JKNS menjalankan pemeriksaan di bazar Ramadan di sekitar Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan berkala di 232 bazar Ramadan di seluruh negeri ini.

Jumlah itu meliputi 15,593 tapak bazar dan seramai 46,779 pengendali makanan di semua daerah.

JKNS menerusi kenyataan berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tindakan itu penting bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual kepada pengguna sepanjang Ramadan ini. Pemeriksaan itu selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Akta Makanan 1983,” katanya hari ini.

Tambahnya, pemantauan turut melibatkan pensampelan makanan Ready-To-Eat (RTE) yang berisiko tinggi.

“Ia melibatkan analisa mikroorganisma bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli. Selain itu, pengendali makanan diingatkan supaya mendapatkan suntikan vaksin anti tifoid dan menghadiri latihan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya