JKM cari waris bayi lelaki dua bulan - Utusan Malaysia

JKM cari waris bayi lelaki dua bulan

JKM Pulau Pinang sedang mengesan waris seorang bayi berusia dua bulan yang ditinggalkan bapanya seorang warga Indonesia tanpa dokumen pengenalan diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERAI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sedang mengesan bapa kandung seorang bayi lelaki berusia dua bulan.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah SPT, Noor Liza Azezool berkata, bayi itu ditinggalkan bapa kandungnya yang juga warga Indonesia tanpa dokumen pengenalan diri sejak dua bulan lalu selepas kematian ibu kandungnya yang juga dari negara sama.

“Bayi itu telah ditinggalkan bapa kandungnya kerana menguruskan kematian ibu kandungnya dan gagal dikesan oleh pelindung sehingga kini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, waris atau orang ramai yang mengenali bapa kandung atau waris kepada kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPT, Aminul Husaini di talian 04-538 2584. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya