Jawatankuasa khas dibentuk isu royalti pemuzik

Jawatankuasa khas dibentuk isu royalti pemuzik

FAHMI Fadzil ketika dalam sidang akhbar di Kementerian Komunikasi dan Digital, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk bagi meneliti isu royalti bagi pemuzik termasuk waris Tan Sri P Ramlee dan segala aspek berkaitan pembangunan industri muzik tanah air.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan mengadakan mesyuarat bersama pada minggu depan kerana isu royalti itu memberi kesan bukan hanya kepada waris seniman agung itu tetapi kepada penggiat industri itu seluruhnya.

Katanya, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Perdana Menteri meminta kedua-dua kementerian ini melihat isu berkenaan termasuk meneliti semula Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) sekiranya perlu dipinda dan jika ada kelompongan yang perlu diperbaiki.

“Akta ini telah digubal sejumlah tahun lalu, banyak perkara dibangkitkan dalam akta ini yang mana industri perfileman sekarang jauh berbeza termasuk isu-isu melibatkan kewangan, medel dan medium perfileman dan sebagainya.

“Akta ini juga melarang ahli lembaga pengarah Finas dan keluarga terdekat menerima apa-apa geran Finas termasuk mereka dilarang berkarya. Jadi perlu ada titik temu yang menetapkan had-had tertentu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Pada masa sama, Fahmi berkata, setiap menteri juga diminta meneliti dapatan Laparan Ketua Audit Negara walaupun ia berlaku sebelum ini tetapi perkara dibangkitkan itu mesti segara diselesaikan.

Katanya, bagi teguran melibatkan Kementeriannya berhubung dana kandungan digital, beliau telah bertemu dengan Ketau Pegawai Eksekutif Finas dan pihak pengurusannya untuk meneliti apa yang berlaku.

“Syarikat-syarikat yang dinamakan (yang dipercayai terkait dalam laporan itu) telah berhubung dengan Finas dan kementerian dengan memberi penjelasan dan berusaha membersihkan nama mereka kerana ada faktor tertentu termasuk masalah pandemik Covid-19.

“Pada waktu itu bidang perfileman ada kekangan waktu itu memberi kesan kepada industri. Kita mengambil maklum balas pihak industri pada masa sama meneliti pindaan bersesuaian untuk bawa industri filem ke tahap lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya