Jawapan terakhir tentang Raihan - Nazrey Johani - Utusan Malaysia

Jawapan terakhir tentang Raihan – Nazrey Johani

KUALA LUMPUR, 05 Mac 2023 - Penyanyi nasyid, Nazrey Johani pada sidang akhbar selepas Konsert Saujana sempena 25 Tahun penubuhannya di Zepp Kuala Lumpur. -UTUSAN/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sering diasak dengan soalan berkenaan rancangan untuk berkolaborasi dengan kumpulan Raihan, bekas vokalisnya, Nazrey Johani memohon agar soalan berkenaan tidak lagi diajukan kepadanya pada masa akan datang.

Kata Nazrey, dia menerima kengganan Raihan untuk bekerjasama dengannya sebagai ketentuan yang telah ditakdirkan untuk waktu ini.

“Isu ini akan tinggal sebagai satu cerita pelik sampai bila-bila kerana orang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya berharap soalan tentang Raihan tidak lagi ditanyakan. Ini adalah jawapan terakhir tentang Raihan.

“Kita kena pasrah dan berserah kepada Allah S.W.T. Mungkin masa untuk kami bersama semula belum sampai,” katanya kepada pemberita usai konsert Saujana 25 baru-baru ini.

Konflik antara Nazrey dan ketiga-tiga anggota Raihan kekal menjadi persoalan sejak beliau mengumumkan keluar dari kumpulan berkenaan pada tahun 2006.

Nazrey sehingga hari ini sering diasak dengan pertanyaan peminat yang masih menaruh harapan untuk melihat beliau kembali menyertai kumpulan nasyid legenda itu.

Dalam masa sama, Nazrey mengakui nilai persahabatan dengan anggota kumpulan Raihan masih sama dan tidak berubah.

“Dari sudut memori, nilai persahabatan kami tak pernah hilang. Saya hargai mereka sebab dahulu kami susah sama-sama.

“Apa yang berlaku tidak mengubah hakikat bahawa mereka tetap kawan-kawan saya. Mungkin belum sampai waktu kami bekerjasama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya