Jangan salahkan orang lain, lebih berhati-hati - Shiha Zikir - Utusan Malaysia

Jangan salahkan orang lain, lebih berhati-hati – Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyanyi dan pelakon popular, Shiha Zikir pula berpendapat, kontroversi negatif terutama yang sengaja dicipta tidak seharusnya menjadi strategi rakan artis untuk kekal berada dalam carta populariti.

Bagi penyanyi lagu Irama itu, cerita-cerita sensasi bukan tiket untuk terus relevan apatah lagi sanggup mencemarkan nama baik sendiri dalam industri seni terutama dalam bulan yang penuh mulia.

“Kalau sengaja cipta kontroversi, memang tidak wajar. Tak kiralah Ramadan atau bukan. Kontroversi ini selalunya negatif dan mampu memberi impak jangka panjang untuk kita sebagai anak seni.

“Tetapi kadang-kala, ada isu sensasi yang kita tak dapat elak menjadi kontroversi. Itu sesuatu yang kita tidak boleh jangka. Bukan sesuatu yang tidak disengajakan. Kita perlu faham, artis juga manusia biasa.

“Cuma saya sendiri, kalau boleh memang elakkan kontroversi negatif ini. Tak kenal, tak popular tak apa tetapi biarlah nama baik itu sentiasa terjaga. Masing-masing ada pendapat sendiri, saya hormat itu,” katanya.

Sementara itu, tambah Shiha, dia juga sangat berhati-hati dalam berkongsi gambar atau video terutama di media sosial untuk mengelakkan diri daripada terpalit kontroversi.

Sedar hakikat sebagai seorang anak seni, setiap gerak geri akan diperhati, Shiha juga sering mendapatkan nasihat pengurusan serta keluarga dalam membuat keputusan berkaitan kerjaya seni.

“Saya fikir, itu adalah satu jaminan untuk kita tidak terpalit kontroversi panas. Bila ada kontroversi, ramai yang salah pihak lain. Tetapi mereka ada kala terlepas pandang, isu panas itu datang dari diri sendiri.

“Apa-apa pun memang kena berhati-hati. Macam saya sendiri, sebelum muat naik apa-apa, saya fikir sama aada hantaran ini boleh beri impak negatif kepada diri sendiri, keluarga atau kerjaya tak?

“Berpada-pada dalam mencari tempat dalam industri. Mengejar populariti itu biarlah besertakan bakat dan kemahuan positif,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya