PETALING JAYA: Pelakon, Eina Azman mencuri perhatian netizen selepas bertindak merakam dirinya sedang menangis dan memuat naik video tersebut di laman TikToknya, baru-baru ini.
Video berkenaan, yang turut dimuat naik di Instagram Storynya turut mengandungi kapsyen yang memberi bayangan seolah-olah pelakon tersebut telah dikecewakan seseorang.
“Jika seseorang itu tidak menghargai kehadiran anda, buat mereka hargai kehilangan anda,” tulisnya.
Setakat waktu ini, sebanyak 419 komen, yang rata-ratanya bimbang dengan keadaan pelakon berkenaan dan mengaitkan video tersebut dengan gangguan orang ketiga.
“Jangan kata ini berpunca kes penyondolan,” tulis pengguna TikTok, Aisyahaeyo.
“Tidak, saya belum bersedia untuk kes kesondolan yang lain,” tulis seorang lagi pengguna TikTok, thesheeba.