DUNGUN: Peniaga di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi resah apabila pendapatan mereka terjejas akibat kekurangan pelanggan selepas Jalan Jerangau-Jabor dekat sini ditutup kepada semua kenderaan sejak Disember lalu. Penutupan laluan itu dilakukan berikutan jalan runtuh berdekatan persimpangan Bukit Besi ketika hujan lebat pada hujung tahun lalu turut memberi kesan kepada peniaga lain di beberapa kampung berdekatan. Salah seorang peniaga kedai runcit dan buah-buahan di R&R Bukit Besi, Zainab Che Ne, 69, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila kebanyakan barangan seperti makanan ringan dan air minuman tidak dapat dijual…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya