Isu doktor kontrak selesai tiga tahun lagi - Anwar

Isu doktor kontrak selesai tiga tahun lagi – Anwar

Sebanyak 1,118 doktor kontrak daripada 5,489 yang ditawarkan sebagai pegawai perubatan tetap menolak tawaran tersebut. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu doktor kontrak dapat diselesaikan dalam masa tiga tahun lagi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada tidak boleh dibebankan dengan masalah itu lagi kerana berlarutan sejak sekian lama, justeru perlu diselesaikan dalam masa terdekat.

“Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 billion setahun. Maka, tidak mungkin.

“Sebab itu, saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.

“Masalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kita dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 bilion itu bukan jumlah yang kecil,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

ANWAR IBRAHIM

Pada November 2021, Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika itu, sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,586 membabitkan lantikan pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta pegawai farmasi.

Anwar berkata, Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023, iaitu RM36.3 billion termasuk peruntukan RM3 bilion setahun untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak bagi lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal, terutama bidang kesihatan dan pendidikan.

“Ini dijangka membabitkan perbelanjaan tambahan sehingga RM800 juta untuk 2023, yang mampu dan boleh kita tampung untuk satu tahun,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya