Isteri saya ingkar, tidak taat - Musa Hassan

Isteri saya ingkar, tidak taat – Musa Hassan

MUSA Hassan semasa tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan nusyuz ke atas isterinya. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Musa Hassan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil atas alasan ingkar, tidak taat atau enggan dengan sebab yang tidak berpatutan menurut kemahuan dan perintah suami.

Bekas Ketua Polis Negara itu selesai memfailkan nusyuz di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3.15 petang ini, dengan sebutan kes pada 5 April ini.

“Saya sudah failkan nusyuz, jadi kita serah kepada mahkamah. (Pemfailan) Nusyuz ini adalah kerana dia ingkar, tidak taat..itu sahaja. Saya tak boleh nak cerita panjang, biar pihak mahkamah tentukan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ketika ditanya mengenai penafian isterinya berhubung video yang tular, beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Itu kena tanya polis lah. Saya malas nak berhubung (dengan isteri), takut bergaduh. Tapi dia selalu hantar mesej kepada sayalah. Saya malas nak jawab, kalau jawab pun melalui peguam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya