Isteri Musa Hassan mohon cerai - Utusan Malaysia

Isteri Musa Hassan mohon cerai

Musa
ELLY Afizahwati Abdul Jalil (tengah) membaca kenyataan berhubung pemfailan permohonan perceraian dengan Musa Hassan dekat Mahkamah Syariah, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rumah tangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bersama Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil didakwa bergolak sejak beberapa bulan sebelum isterinya itu memfailkan permohonan cerai dekat Mahkamah Syariah, di sini, hari ini.

Malah, Elly Afizahwati, 42, mendedahkan beliau dan Musa, 72, tidak lagi tinggal bersama sejak enam bulan lalu.

Justeru, beliau memfailkan permohonan tersebut selepas mendapati tiada persefahaman lagi dengan suaminya itu, selain berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

“Saya failkan sebab sudah tidak tahan. Saya pun kenal Tan Sri (Musa) yang akan ambil macam-macam tindakan pada saya. 

Jadi, saya tidak boleh lagi begini dan selepas tuntutan cerai ini, saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan anak dan nafkah anak lelaki tunggal saya berusia 8 tahun,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses itu di Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess), di sini, hari ini.

Beliau tiba di Jakess kira-kira pukul 8.30 pagi bersama dua peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud. Bagaimanapun, tiada kelibat Musa kelihatan di mahkamah tersebut.

Dalam pada itu, Elly Afizahwati memaklumkan bahawa beliau belum menerima maklum balas daripada peguam Musa berhubung cadangan balas penyelesaian isu rumah tangganya meskipun pihaknya menerima cadangan penyelesaian pada 27 Februari lalu.

“Antara cadangan itu adalah berhubung jagaan anak, nafkah, penyelesaian harta perceraian dan mutaah. Saya berharap agar proses perceraian ini berjalan lancar untuk kebaikan kedua-dua pihak,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menambah tidak akan membuat kenyataan balas terhadap Musa dalam mana-mana media cetak atau dalam talian kerana tidak mahu mengganggu proses perceraian yang difailkan ketika ini.

Sebutan untuk prosiding permohonan perceraian itu ditetapkan pada 11 Mei depan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya