Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai

Musa Hassan
ELLY Afizahwati Abdul Jalil ketika keluar daripada kamar Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isteri bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil dilapor memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah, di sini, hari ini.

Beliau dimaklumkan tiba di Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) kira-kira pukul 8.30 pagi bersama dua peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.

Bagaimanapun tiada kelibat suaminya kelihatan semasa Afizahwati memfailkan permohonan itu.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung tiga video mirip Musa yang didakwa sedang bertengkar dengan seorang wanita disyaki isterinya, yang tular di media sosial sejak Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Laporan itu dibuat susulan tular tiga rakaman video berdurasi sembilan saat, 56 saat dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara seorang lelaki mirip Musa bersama wanita yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.

Susulan itu, Musa menerusi ciapannya di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya.

Beliau turut menegaskan, mereka yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya