Ismail Sabri jalani pembedahan kecil

Ismail Sabri jalani pembedahan kecil

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani pembedahan kecil di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini.

Pembedahan kecil dijalani bekas Perdana Menteri itu melibatkan matanya namun difahamkan ia kondisi yang tidak serius.

“Datuk Seri hadir di hospital kira-kira 8.30 pagi tadi tetapi ia pembedahan yang kecil sahaja.

“Selain itu, beliau berada dalam keadaan sihat, tidak ada masalah kesihatan lain,” kata sumber kepada Utusan Malaysia.

Ismail Sabri kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bera dan Ketua UMNO Bahagian Bera selepas khidmatnya sebagai Perdana Menteri berakhir hujung tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya