IPM sokong AUKU tidak dimansuhkan - Utusan Malaysia

IPM sokong AUKU tidak dimansuhkan

RAMAI pihak pada 2021 sarankan supaya AUKU 1971 yang di­dakwa me­ngekang penglibatan mahasiswa dalam berpolitik per­lu dipinda segera selaras dengan Undi18.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Institut Pemimpin Muda (IPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyokong cadangan tidak memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana undang-undang tersebut tidak mengganggu mahasiswa.

Malah, akta tersebut disifatkan dapat membantu mereka dalam perkara berkaitan hal ehwal pelajar.

IPM dalam satu kenyataan memaklumkan, bagaimanapun AUKU perlu ditambah baik mengikut peredaran zaman dalam konteks mahasiswa dan kemasyarakatan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut memberi jaminan akan meminda segala kelemahan dalam AUKU 1971, namun pindaan yang hendak dibuat perlu melihat kepada keadilan serta akauntabilitinya dengan perkenalkan tindakan dan undang-undang yang lebih adil kepada mahasiswa. 

“IPM sangat prihatin mengenai isu ini kerana kami komited untuk terus meraikan hak kebebasan bersuara mahasiswa sebagai tonggak yang perlu diutamakan di mana mahasiswa boleh menyuarakan pandangan dan kritikan membina dalam memperjuangkan isu pelajar dan masyarakat awam,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilapor memkalumkan kerajaan tidak bercadang memansuhkan AUKU 1971 kerana berpandangan akta tersebut masih relevan terutama melibatkan hal tadbir urus universiti.

Malah, beliau menyeru semua institusi pengajian tinggi (IPT) memberi kerjasama dan menyokong kebebasan mengikut AUKU 1971 melibatkan literasi dan kebebasan politik mahasiswa tanpa sekatan dan halangan.

Jelas kenyataan itu lagi, AUKU merupakan akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti serta bagi perkara lain yang berkenaan dengannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya