Ini pendakwaan terpilih - Saifuddin Abdullah

Ini pendakwaan terpilih – Saifuddin Abdullah

PENYOKONG membawa sepanduk 'Keadilan Untuk Abah' di luar ibu pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan SPRM terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak wajar dan bersifat dendam.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pendakwaan terpilih.

“Amat malang dan kesal sekali. Ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Ini adalah pendakwaan politik terpilih,” katanya ketika ditemui di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini, pagi ini.

Katanya, pihaknya menyifatkan bahawa tuduhan itu bertujuan memburukkan Muhyiddin dan mahu melumpuhkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Saifuddin berkata, kerajaan tidak mempunyai cara lain untuk mengalahkan PN dan Bersatu pada pilihan raya negeri akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya