Individu tak ikut etika pakaian dibolehkan terima perkhidmatan

Parlimen: Individu tidak ikut etika pakaian perlu dibolehkan terima perkhidmatan

M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berpendapat etika berpakaian di agensi kerajaan tidak terlalu ketat sehingga menyulitkan urusan mana-mana individu yang berada dalam kecemasan. 

Di Dewan Rakyat, beliau membangkitkan dua insiden berbeza melibatkan dua orang wanita yang tidak dibenarkan menjalankan urusan mereka kerana tidak berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. 

“Untuk menjalankan urusan di balai polis, hospital mahupun di balai bomba, mereka dikenakan sekatan-sekatan tertentu. Di antaranya, mereka yang memakai pakaian pendek atau pakaian tradisional ditahan daripada mendapatkan rawatan. 

“Ini tidak kena dengan negara kita yang berbilang kaum. Menteri Undang-undang dahulu pada tahun 2015 pernah menjelaskan mereka yang berpakaian tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan juga boleh menerima perkhidmatan. 

“Kini kita lihat, mereka dihalang sedangkan mereka dalam keadaan cedera tetapi disuruh pula oleh pegawai untuk menukar pakaian. Nampaknya ramai antara penjawat awam yang tidak tahu fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perkara itu,” katanya perbahasan peringkat jawatankuasa hari ini. 

Pada tahun 2015, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang). Beliau kini bertugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Tambah Kulasegaran, beliau berharap supaya sebarang pakaian yang rasional boleh diterima oleh penjawat-penjawat awam dan situasi individu yang terkait perlu dipertimbangkan. 

“Harapnya satu kaedah dikeluarkan kepada semua supaya peraturan begitu patut dihentikan. Apa sahaja pakaian yang rasional boleh dibenarkan. 

“Akhir sekali, saya pohon agar Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang dulu membuat peraturan mengenai hal ini memberitahu kepada kakitangan kerajaan supaya jangan melampau sehinggakan orang cedera atau hampir dirogol disuruh pulang menukar pakaian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya