Individu mempunyai gejala kesihatan digalak pakai pelitup muka  - Utusan Malaysia

Individu mempunyai gejala kesihatan digalak pakai pelitup muka 

SHAIKH HARUN SHAIKH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Semua individu yang mempunyai simptom gejala kesihatan seperti demam, batuk dan selsema digalakkan memakai pelitup muka ketika hadir ke masjid dan surau di Terengganu sepanjang Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, bagi individu yang sihat pula, pemakaian pelitup muka adalah satu pilihan buat mereka.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Keputusan ini diambil selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu berhubung perkembangan semasa Covid-19 dan penggunaan katil di wad rawatan rapi yang semakin rendah dan berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu,  Shaikh Harun memberitahu, Sultan Mizan juga menyeru supaya rakyat jelata terus menjaga dan meningkatkan kebersihan diri serta juga keluarga Iebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi.

“Baginda juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat dan berdoa semoga semua rakyat jelata sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya