Import telur ayam dihenti jika pengeluaran kembali stabil - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Import telur ayam dihenti jika pengeluaran kembali stabil – Mohamad Sabu

Telur
MOHAMAD Sabu (duduk, tengah) bersama pelajar sekolah yang menerima sumbangan itu di Desa Latania, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengimportan telur ayam akan dihentikan sekiranya pengeluaran dan bekalan bahan asas itu kembali stabil dalam tempoh terdekat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjelasan lanjut mengenai perkara itu sudah dinyatakan kementeriannya hari ini.

“Saya tidak jawab tambahan melainkan yang tersedia ada (kenyataan (kementerian). Itu sahaja. Jika pengeluaran telur stabil, kita akan stop (berhenti). Jadi, kita harap ia stabil dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan program Bantuan Wang Persekolahan Agrobank di Desa Latania di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan kelengkapan persekolahan dan wang tunai RM150 kepada 200 pelajar sekolah rendah di sekitar Parlimen Kota Raja.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kerajaan tidak memberikan subsidi atau menggunakan sebarang dana awam untuk diberikan kepada syarikat pengimport telur ayam di negara ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan sebarang perbelanjaan dan risiko dihadapi syarikat pengimport itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak berkenaan.

Pada 6 Disember lalu, Mohamad Sabu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara mencukupkan kekurangan bekalan telur tempatan yang  meruncing sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan memberi kontrak import telur dari India secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sekali gus bercanggah dengan janji Kerajaan Perpaduan.

Jelas Mohamad Sabu, pengimportan turut melibatkan bahan lain seperti daging dan kubis.

“Apabila kurang (bekalan), kita akan meminta untuk mengimportnya lagi. Namun, keadaan itu tidak sama bagi telur ayam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya